Kefungsian sosial ialah satu aktiviti yang sangat penting untuk melengkapkan hubungan antara komponen-komponen pengalaman sosial dalam kehidupan seharian. Kefungsian sosial memainkan peranana yang penting dalam semua spek kehidupan. Tanpa kefungsian sosial kehidupan manusia akan menjadi tidak menentu serta huru-hara. Kefungsian sosial ini lebih memberikan penekanan kepada bagaimana suatu proses sosialisasi itu berlaku dan member impak kepada persekitarannya. Komponen wajib yang perlu ada untuk membuat penilaian kefungsian sosial ialah status sosial, rol sosial, kelompok sosial dan institusi sosial.
Lazimnya, seorang indidvidu memainkan peranan kefungsian sosial yang pelbagai dalam satu-satu masa. Sebagai contoh Aminah merupakan seorang ibu tunggal yang bekerja siang dan malam sebagai pekerja kilang, mempunyai dua orang anak yang masih bersekolah. Daripada contoh dapat didlihat bahawa Aminah merupakan seorang ibu tunggal yang terpaksa memainkan peranan sebagai seorang ayah iaitu bekerja disamping menjadi suri rumah. Aminah juga memerlukan sumber ekonomi untuk menyara kehidupan anak-anaknya. Aminah juga memerlukan masa untuk bersosial dengan anak-anaknya. Ini jelas menenjukkan bahawa kefungsian sosial member impak yang besar kepada kehidupan Aminah. Jika Aminah bijak membahagikan masa serta dapat menggunakan sumber yang ada dengan sebaiknya maka kefungsian sosial Aminah akan menjadi lebih teratur.
Kefungsian sosial dapat dilihat dalam pelbagai aspek iaitu seperti ekonomi, status sosial, politik, dalam beragama, dalam keluarga, pendidikan dan dalam perubatan. Tanpa kefungsian sosial, maka ekonomi tidak akan ada. Ini kerana ekonomi dan kefungsian sosial mempunyai hubung kait. Secara jelas dari segi ekonomi ini kita akan dapat lihat bahawa manusia akan memenuhi keperluan biologi asasnya seperti maknan, pakaian dan tempat tinggal untuk meneruskan kehidupan. Kefungsian sosial dalam status sosial pula ialah lebih melihat kepada kemapuan bertingkah laku iaitu bagaimana kita berinterkasi dan bertransaksi yang mana ia amat bergantung kepada status pekerjaan yang menjadi faktor utama penentu. Status sosial tidak akan menghadapi masalah sekiranya terdapat persamaan dalam sesebuah masyarakat. Ciri-ciri norma masyarakat seperti bertegur sapa, hormat menghormati serta saling ziarah menziarahi dapat memantapkan status sosial. Dari aspek politik pula, kefungsian sosial memainkan peranan yang penting dalam menentukan manusia menggunakan kuasa mengikut jalan yang benar. Kefungsian sosial perlu mengimbangkan baik dan buruk sesebuah politik. Kefungsian sosial dalam keluarga pula ialah, keluarga merupakan satu kumpulan biososial iaitu terbentuk hasil perkahwinan antara seorang lelaki dengan seorang perempuan. Perkahwinan merupakan satu tanggungjawab sosial yang diakui oleh masyarakat mempunyai hak dan tanggungjawab tertentu. Dalam pendidikan pula, kefungsian sosial ialah bertujuan untuk membentuk masyarakat yang berilmu dan berpengetahuan manakala dari segi perubatan pula ia bertujuan untuk membolehkan manusia memahami erti kewujudan dan mengawal persekitaran.
Rujukan
Samir Muhazzab Amin dan Winny Abdul, 2009. Penghantar Kerja Sosial. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributiors Sdn Bhd.
No comments:
Post a Comment