Wednesday, August 11, 2010

TEORI PSIKOLOGI EGO


Pelbagai teori berkaitan dengan praktis kerja sosial telah wujud di peringkat mikro sejak bertahu-tahun lamanya. Teori atau model baru ini boleh terhasil daripada pengalaman kerja dalam pelbagai situasi yang berbeza. Terdapat beberapa teori yang digunakan oleh pekerja sosial untuk menjalankan praktis kerja sosial. Antara teorinya ialah seperti sistem atau rangka ekologi, teori psikologi ego, teori pendekatan penyelesaian masalah, teori maslow, dan teori pendekatan tingkah laku serta teori-teori lain.
Teori psikologi ego biasanya merujuk kepada teori rawatan psikologi. Tekanan daripada psikologi ego lebih dipengaruhi oleh factor dalaman keluarga dengan persekitaran luaran mereka. Perkara utama yang ditekankan dalam teori ini ialah kebolehan individu untuk beradaptasi dengan tekanan luaran menggunakan sesuatu cara untuk mewujudkan rasa selamat dan kepuasan hidup. Biasnya tekanan akan wujud apabila individu tidak dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi di persekitaran mereka. Sebagai contoh apabila seseorang itu terlalu sibuk dengan kerjayanya sehingga menyebabkan beliau mengabaikan tanggungjawab beliau kepada keluarga. Apabila seseorang itu tidak dapat menyeimbangkan kerjaya dan keluarga maka akan wujud masalah seperti penceraian dalam keluarga tersebut. Kelemahan dalam mengadaptasi dengan masalah yang dihadapi akan menjadikan masalah yang dihadapi itu bertambah teruk seperti wujud perasaan takut, tidak berani mengambil risiko serta boleh ketahap yang lebih kritil iaitu mengakibatkan kesakitan mental seperti gila atau tekanan jiwa.
Teori psikologi ego ini juga menekankan kepada akibat yang diterima oleh indidvidu jika tidak dapat beradaptasi dengan persekitaran seperti kehilangan kerja, penceraian, kematian dan sebagainya. Oleh kerana psikologi ego ini merupakan satu terapi dalaman, maka pekerja sosial haruslah mendedahkan klien kepada kehidupan yang sebenar dan memberikan klien kemahiran untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran mereka.  



Rujukan
Samir Muhazzab Amin dan Winny Abdul, 2009. Penghantar Kerja Sosial. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributiors Sdn Bhd.

No comments:

Post a Comment