Wednesday, September 1, 2010

PEMBUANGAN BAYI

MENANGANI MASALAH PEMBUANGAN BAYI

     Pada hari kita bangga dengan pelbagai pembangunan serta kejayaan yang telah dicapai oleh Negara kita dalam menjadi sebuah Negara yang maju. Namun kita alpha dengan pembangunan sosial di Negara ini. saban hari, terdapat laporan tentnag bayi yang di jumpai di dalam tandas,di tepi longkang dan lain-lain tempat tanpa ada perasaan perikemanusiaan. Tatkala ingin menyembuyikan perbuatan dusta itu mereka sanggup membuang bayi dengan harapan diberi peluang menjalani kehidupan baru. Hal ini turut diakibatkan oleh mereka tidak sanggup diejek dan dicaci oleh masyarakat setempat.

       Dunia ini pernah dicemarkan oleh sejarah hitam dalam tamadun manusia disebabkan ketiadaan akidah dalam kehidupan.Masyarakat ketika itu hilang sifat kemanusiaan sehingga sanggup membunuh dengan menanam anak-anak terutama anak perempuan hidup-hidup kononnya mempertahankan maruah diri, keluarga dan kabilah.Amalan jahiliah tersebut kini diulang lagi,malah lebih dasyat,dimana sesetengah bayi dibuang dimerata-rata tempat kerana malu kepada masyarakat.

      Menurut statistik daripada pihak berkuasa didapati jenayah membuang bayi terus meningkat dari tahun ke tahun.Umpamanya pada tahun 2007 sebanyak 76 kes berbanding 62 kes pada tahun 2006 diseluruh negara.Sepanjang tempoh 2004 sehingga 2007 sebanyak 252 kes telah direkodkan,dan seramai 61 bayi mengalami kematian.

        Firman allah s.w.t didalam surah an-nisa' ayat 93 menyatakan bahawa "Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja,maka balasannya ialah neraka jahanam,kekal dia didalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknat akannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar". Zina dan tindakan membuang bayi adalah jenayah yang amat besar dosanya serta berat hukumannya disisi islam.
Perbutan membuang bayi dimerata tempat dan menjadi mangsa binatang buas adalah satu jenayah yang amat zalim dan keji serta lebih hina tarafnya daripada haiwan.Malah haiwan lebih baik kerana mengasihani dan memelihara anak dan sanggup mati demi keselamatan anak-anak .Inilah kesannya apabila rohani seseorang tidak diisi dengan ajaran agama.Renungilah amaran allah s.w.t didalam surah al-a'raaf ayat 179 Allah s.w.t berfirman bahawa "Sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahanam kebanyakkannya daripada jin dan manusia,mereka mempunyai hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami ayat-ayat Allah, mereka mempunyai mata tetapi tidak dipergunakan untuk melihat bukti keesaan Allah dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak dipergunakannya untuk mendengar ajaran dan nasihat. Mereka itu seperti binatang ternakan,bahkan mereka lebih sesat lagi.Mereka itulah orang yang lalai".

       Justeru itu, sebagai rakyat yang bertanggungjawab serta berperikemanusiaan, marilah kita sama-sama memainkan peranan dalam menangani kemelut ini dengan mengambil langkah-langkah pencegahan seperti yang pertama ialah kita haruslah memperkukuhkan institusi keluarga dengan menanamkan konsep rumahku syurga. Konsep ini perlu di diterapkan dalam diri setiap individu terutamanya golongan remaja kini agar mereka tidak mencari tempat perlindungan di luar seterusnya terpengaruh dengan gejala-gejala yang tidak bermoral sehingga sanggup melahirkan anak luar nikah.

       Selain itu, pihak-pihak tertentu juga perlu mempertingkatkan program-program dakwah dan mengamalkannya secara bersepadu. Melalui program-program dakwah ini, maka akhlak seseorang remaja itu dapat dibentuk jika dia mengikuti ajaran yang diberikan. Program-program seperti ini boleh dijalankan di sekolah-sekolah sejak awal lagi. Ini kerana bak kata pepatah “melentur buluh biar dari rebungnya”. Bermakna jika kita hendak melahirkan anak remaja yang berakhlak serta bermoral maka kita haruslah mendidik mereka sejak mereka kecil lagi kerana apabila mereka dewasa nanti sudah terlambat bagi kita untuk membentuk mereka jika mereka terpesong.
 
       Langkah yang ketiga pula ialah, pihak yang bertanggungjawab perlulah membanteras penegedaran bahan-bahan lucah daripada tatapan anggota masyarakat terutamanya golongan remaja. Ibu bapa sendiri juga haruslah mengelakkan daripada menonton video-video lucah dihadapan anak-anak. Ini kerana anak-anak mudah terikut dan kemungkinan akan melakukan perbuatan tidak senonoh itu apabila mereka berada di luar dan bergaul dengan kawan-kawan di luar sana.
 
        Selain itu, program-program hiburan ynag melampau juga hendaklah dihentikan. Program-program hiburan yang melampau ini akan merosakkan akhlak remaja kita pada hari ini. sebagai contoh program yang berunsur seks melampau tidak wajar ditayangkan di dalam televisyen. Ini keran media elektronik seperti televisyen merupakan medium yang memberi pengaruh yang besar pada masyarakat terutamanya remaja dan kanak-kanak.

           Bagi mengatasi masalah pembungan bayi ini, ibu bapa merupakan golongan yang paling berpengaruh serta mempunyai peranan yang besar. Ibu bapa haruslah sentiasa mengawasi pergerakan anak-anak mereka agar anak-nak ini tidak terlalu bebas sehingga boleh terjebak dalam melakukan seks bebas.

          Oleh yang demikian, walaupun pelbagai langkah telah dijalankan oleh setiap pihak namun asas yang paling penting untuk mengatasi masalah pembungan bayi ini ialah diri individu itu sendiri. sekiranya indidvidu itu mempunyai moral yang tinggi serta keimanan yang kukuh dalam diri maka sudah pasti masalah pembuangan bayi ini tidak akan terjadi pada hari ini.















Rujukan
http://www.scribd.com/doc/19744558/pembuangan-bayi

No comments:

Post a Comment